Inspirational Malaysia

Saturday, April 05, 2008

Persidangan Ketam

Apabila kita mendefinisikan sesuatu, secara automatik perbuatan itu mendefinisikan diri kita juga. Itulah apa yang berlaku pada forum anjuran mykmu.net, yang berjudul “ UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12: Satu Penilaian” yang diadakan di Hotel Singgahsana pada 1 April lalu.

Suasana dan semangat berani bersuara, dan keazaman perubahan dapat dirasakan sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan di hotel tersebut. Suasana perhimpunan diperkukuhkan lagi oleh ketokohan ahli panel yang hadir. Seorang demi seorang ahli panel berbicara dan menyeru hadirin untuk berani bangun dan bersuara. Berani menyatakan apa yang terbuku di hati, meluahkan pendapat dan perasaan. Frasa “dari hati nurani” acap kali disebut seakan-akan meminta hadirin pulang semula ke tempat asal yang sentiasa benar, iaitu hati nurani kita sendiri. Ini semua saranan yang bernas dan merangsangkan kerana memang kita perlukan perubahan. Konteks yang berubah untuk bebas bersuara dan berkata daripada hati nurani ini , adalah konteks yang demokratik dan sangat berperikemanusiaan.

Malang sekali segala seruan dan impian telah tercemar sewaktu sesi soal jawab berlangsung. UMNO seolah-olah mensabotaj diri mereka sendiri dengan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hasrat seruan untuk bebas bersuara daripada hati nurani.

Seorang anak muda telah di herdik dan di sorak untuk berhenti menyatakan isi hatinya. Individu yang berani bangun dan berucap untuk menyatakan hati nuraninya telah diheret keluar. Kolar bajunya dicekak, emosi benci dilontar kepada anak muda ini. Perlu diingat, anak muda ini baru sahaja sanggup memberanikan diri bercakap dari hati nuraninya. Sanggup menghadapi risiko, sanggup menyahut cabaran ahli panel. tetapi malangnya forum UMNO tersebut gagal menghadapi ujian mudah ini.

Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan pandangan beliau, itu hal yang lain. Kita harus bersedia untuk berbeza pandangan, sejajar dengan apa yang kita seru dan laungkan. Sama ada dia profesional atau tidak dalam tingkah lakunya, itu juga hal yang lain. Menjadi tidak profesional terhadap orang yang tidak profesional mendefinisikan sifat tidak profesional pada diri kita juga.

Kita tiada hak untuk menuntut perubahan jika kita sendiri tidak mahu berubah. Menuntut perubahan bila kita sendiri tidak mahu berubah itu bererti kepalsuan. Sama seperti ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus sedangkan dia serta-merta berjalan serong sebaik sahaja selesai mengajar . Bukan sahaja kita mudah lupa, kita sebenarnya mudah lupa serta-merta. Memang wajarlah kalau generasi muda sekarang merasakan UMNO hanya penuh dengan retorik kerana terdapat kontradiksi antara ucapan dan tindakan.

Masa depan UMNO bukan sahaja tertakluk pada perubahan pucuk pimpinan, tetapi juga terletak pada perubahan diri dan sikap individu-individu ahlinya . Inilah yang mesti diutamakan dan dilakukan segera. Jangan mimpikan generasi muda menyokong UMNO kalau kita menyindir mereka apabila mereka bersuara dan mengemukakan pandangan; berbisik sumbang memperli mereka kalau bertutur dalam bahasa Inggeris. Jangan bayangkan perubahan akan berlaku, kalau kita sendiri tak mahu berubah.

Ahli-ahli UMNO di dewan Singgahsana pada pagi 1 April itu telah mendemonstrasikan kepada generasi muda bahawa mereka tidak relevan dan tidak patut dianggap serius menginginkan perubahan kerana sikap mereka sendiri terbukti tidak boleh berubah.

Sayang, satu forum yang cukup berpotensi dan bermanfaat akhirnya akan diingati, bukan kerana betapa progresifnya isi kandungannya, tetapi betapa sempitnya sikap ahli-ahli UMNO yang bukan mahukan perubahan, tetapi lebih berminat melaungkan perubahan.

Saturday, October 30, 2004

My list of making a difference while shopping

1. push a shopping cart back to the designated bay.
2. if there is an empty shopping cart at the car park, use this as your shopping cart and not take a fresh one
3. refuse a plastic bag whenever possible
4. combine your items into as few bags as possible
5. carry your own bag for shopping and don't use plastic bags
6. redirect shoppers to empty cashier line to reduce waiting
7. always return the items your accidently pick up to its own shelf
8. get out of your parking bay asap
9. do not hog the car park lanes
10. assist the cashier in unloading your cart and packing your groceries
11. always queue
12. do not wait in the middle of shopping aisles

Saturday, October 23, 2004

Starting my day with a SMILE

Of late, I have been travelling via the KL rail system quite frequently. It is indeed a refound pleasure mingling with the public going to work and back as oppossed to driving your own car - such a solitary act. I found that being in such constant contact opens up my senses. My observation of my surroundings become more accute and amusing at times.

The most glaring observation I made was how little there is smiling in our society. Everyone is so glum even in the mornings - a new beginning, a fresh start, a launching platform. I wonder how their day will be like if they start off the day with such an attitude.

I once remember telling my 6 year old son that he must start the day with a smile. The first thing you do when you open up your eyes is SMILE and say to yourself " I have been given another day on this earth". I do this since I've always consider going to sleep is like "death" since the state you are in is similar, not in the physiological way but in "being" kind of a way. Consider this. When we sleep, we are not aware of our surroundings, we forget what happens during sleep, a state of comatose. That is the closest we will ever get to death withour really dying.

I want to start documenting little things that I do to make a difference to this world. This will be my list of reminders. When the list grows and I perform them constantly I will no more be making a small difference but a large one since bits make bytes and bytes make megabytes and so on and so forth. And if over time others do this too then it will multiply.

Funny how we know that bits and pieces grows into bigger piles yet we don't even make that small 'insignificant' bit. So I will start off by SMILING every morning when I wake up. The first small difference to the world start for me and with me :)

Saturday, August 07, 2004

Welcome note

Feel free to post any inspirational stories, facts or comments in this blog.